Tuesday, November 3, 2009

Asah bakat ke isi masa lapang?


Shah Alam

9th Oct 2009


Kedai Kopi II Shah Alam menjadi saksi..sekadar mengisi masa lapang, bukan utk tujuan promosi atau uji bakat..haha..selama 3 jam berpeluh2 dengan mcm-mcm gaya..akhirnya gambar2 yang terhasil sgt memuaskan hati..terima kasih kepada Jay Dee, u mmg best! Partner in crime Elisa, haha..dah ready for the next shoot? :p





Wednesday, August 12, 2009

Cameron without TEA?

Lecturer yang sangat berjiwa muda n agak kacak yang menjadi nadi kepada trip kali ni..haha..sebenarnya nak berjalan aje kan..ish2.. Satu malam kat cameron sangat best sampai tak dapat tido sebab dok serumah ngan rakan-rakan ronggeng, masuk aje apartment pukul 12 malam trus berkumpul bersosial sambil makan-makan dan minum milo panas dalam cuaca sejuk sangat2..sape lah yang pasang air-cond kuat sgt ni..haha! Lawak malam tu yang jadi bahan semua org..

Esoknya tempat pertama kitorang g ialah tapak shopping! Ceh..salah tujuan betol! Lepas tu jalan-jalan, pegi hospital untuk yang amek design 08 wat hospital sem ni.. Lepas tu semua dah penat..penat sangat-sangat..naik bas terus tido..dengan tanggapan tempat lawatan seterusnya ialah ladang Teh Boh..haa, ni lah tujuan asal trip Building Construction kali ni..tapi pakcik bas terus bawak kitorang turun pegi air terjun..haih? Rupanya dah silap jalan..tapi kenape pakcik cepat mengalah? Terus taknak cari jalan dah..terus balik? Mungkin lecturers pon dah penat...tapi ape point sebenar trip kali ni..? Huhu..Itulah Cameron without Tea! Tak dapat la beli teh untuk ahli keluarga sebab pakcik bas salah jalan..sabar ajelah..

Macam mana pon trip ni mmg sangat bermakna walaupon sekejap dan perjalanan yang sangat mabuk! Sebab ni lah trip last utk semua Propagandha sebelum masing-masing keluar dari UiTM mengejar impian masing-masing...isk! Sedih pulak rasanya..takpe yang penting memori kita bersama tak kan dilupakan..Terima kasih kat semua kawan-kawan yang sama-sama ronggeng sepanjang trip kali ni!




Sunday, August 2, 2009

Adidas King of The Road


Stadium Shah Alam

11km


Larian Adidas yang bermula pukul 7 pagi ni agak ringan sedikit mungkin sebab keadaan kaki saya yang baik dan kurang tekanan..walaupun laluan memang banyak bukit bukau almaklum ajelah shah alam tapi saya berjaya harungi dengan rasa seronok..mungkin dah beberape kali join marathon ni diri saya dah mula untuk membiasakan diri..harap-harapnya macam tu lah..hehe =)



Monday, July 27, 2009

Terengganu tak habis-habis


Disebabkan dah lame balik dari trip terengganu ni baru nak letak dlm blog, dah tak de banyaklah nak cerita..kecuali..hmmm...trip yang tak la bosan sgt seperti yang dijangka..The best damn thing is (as usual) makan! Seafood heaven I can say..fuh! sampai sekarang masih terasa sotong goreng tepung yang rangup n tak penah jumpa kat KL.. Ikan bakar ngan sambal yang sangat menjilat jari..perggh!!


The whole trip was ok..lecturers tahap sporting gile..tak macam lect yang bawak g terengganu dulu..ehem.. So saya letak gambar aje lah untuk semua enjoy yea.. =)


makan laksam ganu


seafood heaven!


noor arfa batik



taman tamadun islam

blue mosque





shopping at pasar payang


pantai batu buruk..besnye!




bakal arkitek berjaya..insyaallah! hehe


Thursday, July 23, 2009

Terengganu lagi...


Setelah 2 sem tak pergi site visit ke mana-mana untuk subjek design, sem ni dapat jugak berjalan..tapi yang tak bestnya gi Terengganu lagi..tak habis-habis ke sana, dan tambah lagi kebosanan ialah projek yang sama masa part 05 dulu..Arts and Craft Centre jugak..cis!

Nasib baik kali ni 4 hari aje..tak lama sangat macam yang lepas gi seminggu.. Walaumacam mana pon harap-harap semua nya berjalan dengan lancar dan takde masalah..
Ok lah..nak balik kemas brg, esok pagi-pagi kol 8.30 dah bertolak..malasnya owh~yang pasti saya akan merindui seseorang teramat sangat..isk!
Nanti balik dari Marang ni saya update lagi dengan gambar-gambar kat sana..till then!

Sunday, July 12, 2009

Royal Selangor Visitor Centre Kuala Lumpur


Lord of The Ring chess set


Sekali lagi diucapkan terima kasih kepada kakak saya yang setia menemani saya membuat research untuk subjek design kali ni di Royal Selangor..hehe..Lepas habis larian mcD pagi tadi terus saya dan kakak ke Royal Selangor ni untuk mengambil gambar dan mendapatkan maklumat mengenai pewter products ni..Tengok je la gambar-gambar yang di ambil, tempat ni memang sangat esklusif, iye lah semuanya buatan tangan dan semestinya sangat mahal.. Tak semua org mampu membeli belah kat sini, bagi saya dapat melawat pun dah cukup baik..hehe! Dari ruang pameran ke kilang pembuatan, semuanya diiring oleh seorang mamat cina yang ternyata mendapat cukup latihan sebelum menjadi pengiring tetamu ni..dari cara percakapan sehingga ke skrip yang telah dihafalnya..semuanya mantap! Haha :p Bukan nak fokus kat barang-barang pewter..cakap pasal mamat cina ni pulak..ish2!

Ok lah, saya upload sekali gambar-gambar kat Royal Selangor ni untuk tatapan semua..nak beli barang-barang dia mmg tak mampu..amek gambar ajelah! Huu...

interior yang sangat ekslusif


kaklong



si bakat cuba mengetuk



Mc Donald's Olympic Run


Dataran Merdeka
7km

Bergaya tak? haha!

Kali ni kakak saya yang balik dari Cairo menemani saya ke dataran merdeka..Baik sungguh hati beliau ni, sudi menemani sampai habis event..sekejap je pon kan kak long? Hehe.. Ok lah, larian mcD ni sepatutnya tak la susah sangat nak dihabiskan setelah berjaya melalui 21km 2 minggu lepas..tapi mungkin laluan yang banyak mendaki menjadikan fizikal saya cepat letih..Atau mungkin sebab kurang latihan? Hmm..nampaknya lepas ni kena la rajin-rajin turun training lagi.. Yang penting semangat..kan? Tahniah kepada diri saya sendiri dan kepada semua ahli runners club yang lain.. =)

*tak banyak nak cerita, gambar aje yang lebih yer..hehe!




kak long dapat sijil gak ker? hehe


asal pjart nampak cam dak kecik dalam gambar ni..huhu :p



Sunday, June 28, 2009

Standard Chartered KL Marathon 2009


Dataran Merdeka

21km

Buat pertama kali dalam hidup saya join marathon yang sebenar.. Buat pertama kali juga saya rasa apa itu kesakitan! Kesakitan terbaik bagi saya melampaui semua aktiviti mencabar yang saya pernah lalui..dari pelbagai jenis sukan yang mungkin membuatkan saya lenguh sana sini kepada 2 minggu latihan intensif komander, berlari sejauh 21km ini lah yang berjaya mengajar saya.. Tanya aje pjart yang bersama-sama mengharungi detik-detik kesakitan.. Terinjut-injut balik ke umah dari dataran merdeka, merangkak untuk bergerak ke mana-mana, yang paling best sama-sama mengengsot ke Giant membeli ais untuk merendam kaki malam selepas marathon tu..sakit beb! Seminggu jugak nak tunggu kaki ni baik untuk berlari semula..

Walau macam mana pon, marathon ni jugak la yang memberi saya beberapa pengajaran yang amat bermakna.. Yang pertama jangan memandang rendah kepada sesiapa pon, walaupon fizikal dan rupa yang mungkin tidak mampu lagi untuk menghayun langkah, rupanya mereka itulah yang terus cekal berlari memintas anak-anak muda yang lain.. Yang kedua, semangat dan azam dalam diri sendiri itu yang sebenarnya menjadikan kita terus berusaha mencapai sesuatu, mungkin fizikal sudah tak mampu tetapi semangat tu yang terus menolak diri ni.. Yang ketiga latihan yang konsisten dan betul sebelum berlari sangatlah penting.. Yang keempat, beri ganjaran kepada diri sendiri atas kejayaan kita dalam apa jua perkara.. =)

UiTM Runners Club


Tahniah diucapkan kepada semua ahli UiTM Runners Club yang sama-sama berjaya mengharungi marathon kali ni..majulah sukan untuk negara! Hehe...

Thursday, June 25, 2009

Transformers Revenge of The Fallen


Fuh! Baru balik dari tgk Transformers Revenge of The Fallen yang ditunggu sekian lame..
Ketidakpuasan menonton yang pertama belum hilang lagi, dah keluar yang kedua..


Setelah terpakse menolak beberape jemputan awal utk tgk yang kedua ni gara-gara sibuk sgt kat rumah menjadi 'bibik'..kali ni dah tak boleh tahan lagi! Semua pon nak post kat facebook dah tgk..best..kagum..hebat!! Ini tak boleh jadik! Semalam Sarah call, kite kene tgk transformers..haha!
Harini, setelah berlari-lari dari lrt nak menuju ke tgv KLCC gara-gara dah terlambat, movie kol 10.30..kol 10 baru sampai kat lrt setiawangsa! Dasar sungguh..haha :p (mengata diri sendiri)
Tepat 10.20 sampai kat tgv, trus beli popcorn, trus masuk..Seat sume dah hampir penuh, transformers kot!
Ok..habis 2 jam setengah menonton dengan khusyuk, banyak yang saya nak cakap pasal movie ni..Pertama sekali yang paling saya sudah jangka dari awal, movie ni lebih lebih lebih baik dari yang sebelumnya.. Jalan cerita yang sangat baik, tak meleret, cepat difahami, lebih menarik minat sebab bukan hanya tertumpu kat perang sahaja..dengan lawak-lawak spontan yang membuatkan semua tak kering gusi :p... haha!
Grafik nyer pulak mmg hauummm! la kan, kalau yang pertama pon dah gegar, yang ni mmg tambah-tambah gegar..ish2! Hebat tol lah derang ni wat filem..bajet sampai puluh-puluh juta, hasil mmg gempak! Paling saya gemar bila part-part derang ni buat slowmotion..sangat teliti dan saya sangat kagum dengan hasilnya..Memang berbaloi dengan RM11 yang saya bayar + RM6 untuk popcorn.. :p
Bercakap mengenai transformers, mesti semua org ada autobot kegemaran masing2 kan? Bagi saya, mestilah Bumblebee yang sangat comel tu! Dalam transformers kali ni, Bumblebee lebih banyak beraksi..dengan masalah suara dia tu, saya rasa die sgt comel bila guna radio utk bercakap, n dia setia menjadi guardian kepade Sam...sweet tol! :p
Optimus Prime mestilah yang paling hebat, ketua autobot! Transformers kali ni banyak memaparkan kehebatan Prime dari awal sampai habis walaupon Prime mati sekejap sebab perang..tapi hidup balik sebab dia hero kan..haha!
Errmm..sgt banyak saya nak cakap mengenai transformers ni tapi saya rasa lagi best kalo tgk sendiri kan..Memang worth every penny! Lepas ni saya nak beli dvd pulak, wat koleksi..
So bagi yang tak tgk lagi, pegi la tgk cepat-cepat..bagi saya transformers ni memang best lagi-lagi tgk kat cinema! Dan kerana memang ramai yang obsesi transformers ni, lepas tamat je kat cinema tadi, semua org dengan best nyer tepuk tangan..errmm,yang pasti saya tak berseorangan! Mungkin kali ni saya bleh tgk beberapa round lagi..? Macam yang pertama tu 2 round je kat cinema.. :p Tak sabar nak tunggu yang ketiga pulak..Ok lah, kepada semua peminat transformers, selamat menonton!




Tuesday, June 9, 2009

Cherating Moments

Cuti kali ni agak membosankan bagi saya..dok di rumah tolong mak tu perkara biase..tapi kenape la agaknya eh? Mungkin kurang berjalan-jalan yang membuatkan saya rase macam aktiviti menternak badan pulak kat rumah..adui :p

Nak dijadikan cerita, disebabkan ada kenduri kat Kemaman, family saya tinggal kat Impiana Resort Cherating selama satu malam..err,pagi lagi sesuai kot..iyelah pukul 4 pagi baru kami sampai kat resort! Saya selaku driver bertauliah sepanjang perjalanan tak rasa mengantuk langsung! Adik-adik kat belakang memang dah lama berdengkur, hampeh tol! Ni mesti gara-gara nescafe panas yang mamak ni bagi saya minum kat kedai mamak la sebelum mulakan perjalanan kol 12 malam tadi...penangan hebat sampai ke subuh saya tak dapat lelap mata..
Tapi semua nya berbaloi bile matahari dah mula naik, resort yang terletak betol-betol kat pantai ni mmg cantik..pagi-pagi dah dgr bunyi air laut, indahnya! Sebelum semua org bangun saya dah bukak semua tingkap yang mengadap pantai..deru angin pagi dari laut tak yah cakap la best nyer..lagi-lagi untuk org yang dah lame tak berjalan macam saya ni..ish ish! Pokok-pokok kelapa pulak macam melambai-lambai kat saya suruh turun..haha!

mak dan adik-adik yang suka posing

Jadi lepas semua org dah siap-siap nak g breakfast, kami pon turun beramai-ramai ke cafe resort..Makanan buffet yang dihidangkan memang best sesuai ngan harga..Dari yang tradisional sampai ke western, semua ada..Sesudah breakfast kami pon terus ke pantai..hajatnya nak tgk-tgk je amek gambar.. Oh ye, lupa nak bagitau, pagi tadi lepas sampai resort baru perasan yang kamera tak bawak! Dush! Kalau tak mmg posing maut la semua org pagi ni kat tepi pantai..tapi takpe kamera handphone kan ada.. So ada lah sikit-sikit gambar yang berjaya di amek sebagai kenang-kenangan..
Hmm..kat mana tadi? Oh ye..lepas breakfast pergi pantai nak amek gambar je..tapi tak tahan, naik bilik tukar baju, turun balik..terjun! Haha..walaupon sekejap je, tapi cukup puas asal kan bersama keluarga tercinta!

Munira dan Mardhiyah..tak lepas-lepas derang nak lari atas kayu ni


si riang ria tengah melepaskan tekanan masa cuti :p


mak dan ayah saya =)


Ok...dari sudut architecture pulak, saya seperti biase akan melihat dan meneliti konsep bangunan resort ni..Bangunan yang dibina bercirikan bangunan tradisional rumah melayu ni memang cantik. Apa yang saya paling kagum dengan ciri-ciri tradisional ini sudah semestinya dari sudut pengudaraan (natural ventilation) dan pengcahayaan (natural lighting) yang sungguh baik dan menepati cuaca di negara kita ni..Dari sudut aesthetic pula, semestinya dengan ukiran-ukiran pada kayu dan warna-warna semulajadi yang membuatkan saya rasa seperti berada di kampung yang sangat aman..Nanti saya nak buat rumah saya sendiri yang mengikut ciri-ciri rumah tradisional melayu, mesti sangat selesa dan menjimatkan kos dari pelbagai aspek..kan? =)

adik bongsu yang paling ngada-ngada, Munira

Kembali kepada perjalanan saya..tengahari lepas check-out, kami terus ke kenduri di Kemaman dah terus pulang balik ke KL..Tak dapat dok lama-lama kat sana, esok adik-adik ada tusyen..ish2.. Pape pon, seronok la jugak dapat berjalan walaupon sekejap..mungkin lepas ni kena plan trip yang lebih lama supaya semua dapat lepaskan stress masing-masing yang dah menimbun ni..haha!
Ok lah, cukup sampai sini..sambung balik nanti!

Friday, May 29, 2009

Jangan serious sangat


1.25 a.m. Saya baru balik dari dapur menggeledah fridge..oleh itu saya sudah kenyang..
Alhamdulillah..Tgh2 makan tadi saya teringat kat senpai..ye senpai yang selalu menyakat saya sampai dah penat merajuk ni..haha! Yang paling saya sakit hati ialah bila saya tgh bercerita kat dia dengan penuh serious mengenai apa saja yang saya anggap serious masa tu, saya cakap "Saya serius ni!" untuk membuktikan keseriousan saya kat dia..dan dia dengan muka tak ada perasaan mesti akan cakap "Jangan serious sangat~" Tengok lah tu..dari saya tgh serious dan bersemangat nak cerita tu terus tawar hati! Dah tu selalu plak buat camtu kat saya..kesian kan saya.. Last2 sekarang bile saya teringat kat dia mesti saya teringat ayat tu..ish!

Dah dua minggu saya dok di rumah mengisi masa lapang menghabiskan cuti sem. Tapi tak rasa macam cuti pon..Ingatkan cuti sebulan setengah ni nak lupakan kejap pasal design, kolej, uitm...bla bla bla..tapi bila saya online je saya mesti teringat kat design.mesti teringat kat studio.kat fspu...ape la! Ni sebab doveyna la ni..semalam die msg pulak tanya kalau nak jadi fasi utk RUMI bulan Jun ni.. Takmau lah! Cuti nak dok umah lah dove..nak wat benda lain yang saya tak akan dapat buat bila sem dah mula..lebih tepat lagi bila design dah mula..jangan harap saya dapat buat benda2 ni.. Shopping, movies,bowling, jalan-jalan, buang masa, tido...lagi..lagi...??

Tapi cuti kali ni mana pergi semua kawan2 saya untuk berjimba?
Zahidah? (saya selalu keluar dengan dia sebab rumah dekat) Dia kerja part time (time saya tak praktikal ni la dia kerja plak..ceh!)
Pjart? Dia kat s.alam la..sibuk dengan kelas die..apa ntah? Eh..bukan ke tgh cuti skang ni..?
Syuq? Orang kelantan ni dah balik KB nak bersama ngan famili..
Senpai? Dia praktikal!
Elisa? Beliau ni dah balik Sabah..siap praktikal kat sana lagi..
Tengok la tu semua pon tak ade..
Dua hari lepas kassman msg kat facebook..apa lagi nak kua menghilangkan bosan..tibe2 pulak lesap mamat tu..mana ntah dia! Harapan palsu tau...

So point saya sekarang..saya nak melupakan tentang study sekejap masa cuti ni tapi masih tak berjaya..sebab2 nya anda sume dah tau kan..saya dah cerita tadi.. Sebab tu la kalau anda semua tgk balik post saya yang sebelum ni mesti nak ada kaitan dengan architectural studies saya..kan..kan.. Tak dapat jugak saya nak lari walau untuk sebulan setengah..Dalam fikiran saya mesti teringat kat studio....saya sakit jiwa. Erk!

Owh..tadi kan saya pergi makan kejap..masa tu semua org dah tido..saya lapar sangat..terpaksa turun geledah fridge..sambil2 saya panaskan lauk tu saya terdengar bunyi2 yang kurang enak dari luar, dekat tong sampah..bunyi macam ada sesuatu yang mengorek2 plastik sampah tu.. Mula-mula saya buat tak tau je sebab biasa la..kucing memang selalu cari pasal malam2 camni.. Saya cuma ketuk2 sikit pintu dapur tu bagi kucing liar tu lari sebab terkejut..berjaya..
Tgh makan bunyi tu datang lagi...Saya buat tak tau lagi...tapi disebabkan dah tengah malam fikiran saya yang kreatif ni pon mula lah membuat drama sendiri dalam kepala ni..Jadi saya terus takut..lepas makan tak buang sampah kat luar,buang kat tong sampah kecik kat dalam, basuh pinggan cepat2 dan terus naik atas...Saya memang penakut kalau nak tau..Huhu...Flashback balik kejap kejadian sebelum saya tulis post ni..hehe..

Ok..tadi banyak idea nak cakap,sekarang semua dah hilang..hampeh! Saya nak g tengok movie la kejap..masa tengah tengok nanti saya mesti terlelap punya..Selamat malam semua!

Thursday, May 28, 2009

Lets stop and think


Brian Eno lights up Sydney Opera House for Global Warming


------------------------------------------------------------------------------------------------

SYDNEY - Brian Eno's claims to fame include musician, producer and artist. Now he is hoping his latest work -- an art installation on the Sydney Opera House -- will encourage artists to tackle global warming.

Eno, who describes himself as a "non-musician," is curating Luminous, a new annual festival of music, art installations and talks organized by the Opera House as part of Sydney's music and light festival, Vivid.

As well as playing with other musicians in a series of three concerts, the former Roxy Music keyboard and synthesizer player has designed a lighting display to project onto the sails of the Opera House every evening during the May 26-June 14 festival.

British contemporary artist Brian Eno poses next to the Sydney Opera House as part of the Vivid Festival in Syndey May 26, 2009.

Eno said he hoped the events at Luminous, which include a discussion with environmental legal group Client Earth, would encourage artists to make people think about climate change.

"Artists have become so lazy in articulating their corner," Eno told Reuters in an interview at the Sydney Opera House.

"But artists can create a sense of what is cool and what is not, what is acceptable, exciting, timely... I would like to see a future where artists think that they have a right to contemplate things like global warming."

Eno, 61, has become renowned for putting forward his views on issues ranging from war to the climate and for experimenting with both art and music.

Over the years he has worked on albums with U2, David Bowie, David Byrne, Talking Heads and Coldplay. His eclectic and frequently ambient electronic music has appeared in films such as "Trainspotting," "Velvet Goldmine" and "Heat."

But he also likes to come up with new words to describe cultural patterns, acknowledging that at breakfast he invented a new word -- ontin, meaning the ostensible usage of something -- which he has already used a few times to much bewilderment.

Eno said he coined the term "ambient music" to describe a genre of low-volume music that modified people's perception of the surrounding environment and that had yet to be classified.

"Sometimes you recognize that there is a category of human experience that has not been identified but everyone knows about it," said Eno. "That is when I find a term to describe it."

While his musical career has made him a celebrity, Eno studied art and has always pursued artistic ventures.

On show in Sydney is his work, "77 million paintings," which involved cutting up 300 of his hand-drawn images and projecting them in a gallery. The work has already been seen in Venice, Milan, Tokyo, London and San Francisco.

Eno said he wanted his art to make people stop and think.

"I try to make things seductive and inviting enough for people to want to surrender themselves to them ... and stop being yourself for a little while."

------------------------------------------------------------------------------------------------


Personally I think this is a very interesting and inviting idea to make people realize that our world is in danger with global warming and climate change that affects our daily life, health and lifestyle. It is obvious that everything human have done to this earth is slowly coming back to ourselves. Think about what we do everyday, are we contributing to global warming? And what have we done to take it back? Let's just do what we can do best to help the earth. As an architecture student I would help the earth by promoting sustainable environment in buildings and our lifestyle for example to save energy, stop air pollution, stop consuming things we dont even need and of course be healthy! So..what about you?

National Horse Show, Penang Turf Club


-------------------------------------------------------------------------------------------------

Date
: 5-7 June 2009
Venue : Penang Turf Club
Time : 10 am - 6 pm
Fee : Free Admission


Friday (5th June 2009)
Equestrian
8am - Show Jumping
10am - opening - Interstae RISP Team Show Jumping (Final)
pm - Dressage
Carnival (10am - 6pm)

Bazaar, Pony Rides, Clowns, Face Paintings, Stage Performances, Breed Display, International Farriery Competition, Exposition of Equine Products and Services, Horse Chiropractor Demonstration, Food Court - golf section car park.
(Carriage Rides from 2pm to 6pm only)

Saturday (6th June 2009)
Equestrian
8am - dressage
pm - Show jumping
-Pony Club show jumping (final)
Carnival (10am - 6pm)

Bazaar, Pony Rides, Clowns, Face Paintings, Stage Performances, Breed Display, International Farriery Competition, Exposition of Equine Products and Services, Horse Chiropractor Demonstration, Food Court - golf section car park.
(Carriage Rides from 2pm to 6pm only)


Sunday (7th June 2009)
Equestrian
8am - Show Jumping
-Penang Queen's Cup
pm - Show jumping
-Junior Rider Penang Classic
-Young Rider Penang Classic
-Penang Classic
Carnival (10am - 6pm)

Bazaar, Pony Rides, Carriage Rides, Clowns, Face Paintings, Stage Performances, Breed Display, International Farriery Competition, Exposition of Equine Products and Services, Horse Chiropractor Demonstration, Food Court - golf section car park.
(Carriage Rides from 2pm to 6pm only)

------------------------------------------------------------------------------------------------


Sapa nak ikot? Tgk competition2 yang ada..very interesting! Horse ride pon ade :)
Kalo ada yang nak join jom kita g same2 sambil pusing2 makan angin kat penang! Ayuh!

Bagi yang baru je nak mula kenal equestrian ni lagi la saya galakkan..tak kenal maka tak cinta :)

Saturday, May 23, 2009

Senyum2 sorang!



Architecture is fun!

Yup..walaupun memang kena atas batang hidung sendiri..haha!










Thursday, May 21, 2009

Surprise birthday party!

Harap masih belum terlambat untuk postkan event yang best ni!


KFC - 8 Mei 2009

Plan last minute untuk memberi kejutan kat Senpai berjaya jugak! Kfc sek 2 shah alam menjadi saksi..terkejut beruk dibuatnya member..sampai speechless..haha! Kelakar betol masa tu, saya yang jadi tukang bawak 'pengantin' ni dah takde idea dah nak berlakon macam mana..last2 bawak ajelah die tu..buat-buat la macam memang nak makan kat kfc, nak belanja dia kononnyer..birthday boy..lalala~tak sangka dalam lakonan tgh kelaparan tu menjadi jugak la kezzutan tu..! Walaupon lambat sehari sebab masa tu tgh exam dan masing-masing busy..semuanya happy malam tu!

So, let the pictures do all the talkings... :)


HAPPY 24th BIRTHDAY SENPAI!
7th May 2009


Seronoknya birthday boy tu! First time katanye.. :p


Antara budak2 ni yang join malam tu...



Ni aje lah antara gambar-gambar yang dapat dimuatkan..sori le gambar tak berapa clear..tapi harap anda dapat gambaran betapa seronoknya semua malam tu..
Terima kasih kepada semua yang sama-sama menjayakan party kat kfc ni..
Adios! :)


Salam buat sume!


10.22 a.m
mode : celik mata*?!*

Yup...baru bangun! Perkara pertama saya buat ialah bukak lappie dan baca balik sisa2 ym semalam dari syuq dan pjart yang tak sempat dibalas dek terlalu ngantok..sorry! Kata syuq :

"Ko jgn malu2,wat jer!"
BUZZ!
BUZZ!
"Put..mane ko??"

...lesap...
Eheh..baiklah! Saya buat! Okey,awal mula pertama mula biarlah saya memperkenalkan diri dulu.. Saya yakin memang ramai manusia yang tak kenal saya, siapelah saya, bukan dari para menteri mahupun artis2an yang dikenali ramai.. Walaupon sudah ada yang mengenali mungkin banyak lagi yang tak diketahui tentang saya..heh..apela saya dok merepek nih,bagitau je la pasal diri kamu tu!

Erm..mane nak start ni..?
Ok2..tiba-tiba saya rasa klakar nak perkenalkan diri camni... :p boleh je kalo saya nak klentong anda semua kalau bagitau kat sini..haha!
Jahat sgt ke puteri muhassanah ni? Haish...ok lah..panggil je saya put.
Saya student architecture uitm shah alam.
Saya sakit jiwa.
Saya ada ramai kawan..macam2 jenis ada..
ada yang suke kucing,
ada yang suke rock kapak,
ada yang suka ym sampai lebam,
ada yang juga sama2 sakit jiwa,
yang obses dengan diri sindri,
malah ada juga yang suka tikam belakang kawan..dan macam2 lagi...
saya dah biasa..

Tapi antara sume kawan yang akan saya ingat sampai bile2 ialah kawan2 yang tak penah lepaskan tangan saya bila saya dalam kegelapan dan tak nampak tujuan..
Yang ini saya gelar sahabat..



Pjart the black devil


Syuq n Lia Marikas

Oh ye...

Kenapa saya memilih architecture?
Sampai sekarang saya tak ada jawapan yang tepat untuk soalan ni..setiap kali ada yang bertanya, jawapannya mesti berubah ubah..mungkin semakin banyak saya pelajari dalam bidang ni makin banyak lah tujuan saya hidup di dunia ni sebagai seorang bakal arkitek suatu hari nanti..Yang saya tahu sekarang, walau berape banyak kali pon diorang nak cube jatuhkan saya, saya akan terus bangun, tak kira walau susah macam mana sekali pon..nokhtah.

Ahh..saya pon tak pasti..
saya sakit jiwa..
Kita lihat je nanti...

Ok..apa lagi? Tak banyak yang menarik saya nak kata kan harini..maklum je..cuti..
Jadi mungkin saya akan terus mengenalkan diri sepanjang saya menulis dalam KATA PUT ini..
Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit~

So baik saya stop kejap kat sini..turun bawah mengisi perut mungkin paling sesuai buat masa ni..
Adios!